Mengenai Kami - Bahagian Bangunan

Bahagian Bangunan, JKR Perak terdiri daripada 30 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Bangunan) – J52. Secara amnya, Bahagian Bangunan, JKR Perak dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal. Seterusnya ianya dipecahkan kepada beberapa unit seperti berikut :-

a) Unit Projek Persekutuan

  • Unit Projek Pendidikan
  • Unit Projek Kesihatan
  • Unit Projek Keselamatan
  • Unit Projek Bangunan Am

b) Unit Projek Negeri

  • Unit Projek Bangunan Negeri
  • Unit Projek Pembangunan Negeri Persekutuan
  • Unit Projek Keagamaan
  • Unit Projek Mahkamah Syariah

Secara khususnya, Bahagian Bangunan, JKR Perak bertanggungjawab di dalam melaksanakan pengurusan projek sebelum pembinaan projek dijalankan. Oleh yang demikian, Bahagian Bangunan, JKR Perak banyak berhubung dengan pihak pelanggan di peringkat perancangan projek. Antara pihak pelanggan Bahagian Bangunan, JKR Perak adalah seperti berikut :-

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (termasuk Pengajian Tinggi)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Perumahan Kajian Tempatan
  • Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
  • Jabatan Pertanian

Offcanvas

JKR PERAK