Mengenai Kami - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

 


 

Bahagian Pentadbiran & Kewangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan adalah antara Bahagian yang berada di dalam Bangunan Ibu Pejabat JKR Perak. Secara umumnya, Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit yang lebih khusus dalam menjalankan tugasan harian. 3 unit itu adalah :-

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Kewangan
  • Unit Setor dan Perolehan

Beribu pejabat dan beralamat di Aras 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, aras ini menempatkan pejabat Pengarah Kerja Raya Negeri, pejabat Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Unit Pentadbiran dan juga Unit Kewangan. Bagi Unit Setor dan Perolehan pula, ia ditempatkan di Aras 6 untuk ruangan yang lebih luas, sesuai dengan namanya.

Keseluruhan Bahagian Pentadbiran & Kewangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan ini digerakkan dengan kekuatan kakitangan seramai 70 orang. Untuk memastikan pergerakan harian yang lancar dan jaya, Bahagian ini dikemudi oleh seorang Ketua Penolong Pengarah gred M52.

Ketua Penolong Pengarah yang terkini adalah Puan Mufidah binti Mahfodz.

 


Offcanvas

JKR PERAK