Mengenai Kami - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

 


 

Bahagian Pentadbiran & Kewangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan adalah antara Bahagian yang berada di dalam Bangunan Ibu Pejabat JKR Perak. Secara umumnya, Bahagian ini terbahagi kepada 8 unit yang lebih khusus dalam menjalankan tugasan harian. 8 unit itu adalah :-

  • Unit Khidmat Pengurusan
  • Unit Kewangan & Akaun
  • Unit Aset & Stor
  • Unit Perolehan
  • Unit Integriti
  • Unit Latihan
  • Unit Pengurusan Maklumat
  • Unit Sumber Manusia

Beribu pejabat dan beralamat di Aras 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, aras ini menempatkan pejabat Pengarah Kerja Raya Negeri, pejabat Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, dan Bahagian Pentadbiran, bagi Unit Pengurusan Maklumat pula adalah ditempatkan di Aras 6.

Keseluruhan Bahagian Pentadbiran & Kewangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan ini digerakkan dengan kekuatan kakitangan seramai 65 orang. Untuk memastikan pergerakan harian yang lancar dan jaya, Bahagian ini dikemudi oleh seorang Ketua Penolong Pengarah gred M52.

Ketua Penolong Pengarah yang terkini adalah Encik Manogar David.

 


Offcanvas

JKR PERAK