Bagi menggalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan ICC ketahap yang lebih cemerlang pihak Perbadan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah mengadakan konvensyen tahunannya pada 18 dan 19 Julai 2012 bertempat di Grand Ballroom, Hotel Equatorial Pulau Pinang.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Hjh Sarimah Misman, Pengarah MPC Wilayah Utara. Konvensyen kali ini mencatatkan penyertaan sebanyak 78 kumpulan ICC dan 19 kumpulan 5S. KIK Warga BS dari JKR Daerah Kerian telah turut serta bagi mewakili JKR Negeri Perak.

Daripada 78 kumpulan ICC yang bertanding, hanya 7 Kumpulan ICC mendapat Anugerah Perak dan 71 mendapat Anugerah Emas sementara bagi kumpulan 5S pula, 19 kumpulan yang bertanding, 18 kumpulan menerima Anugerah 3 Bintang, hanya 1 kumpulan menerima Anugerah 2 Bintang.

KIK Warga BS dari JKR Daerah Kerian yang mewakili JKR Perak adalah antara penerima anugerah emas. Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah kali ini disempurnakan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Zaini Bin Hussain, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pulau Pinang dengan diiringi Y. Bhg. Dato€™ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC dan Hjh. Sarimah Misman, Pengarah MPC Wilayah Utara.

Lagi Gambar Dalam Foto Galeri...

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.