Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan ke 55, jawatankuasa sambutan hari merdeka telah mengadakan pertandingan Ceria Merdeka 2012 yang bertemakan Merdeka Raya. JKR Perak tidak ketinggalan turut serta dalam pertandingan tersebut dengan mengambil pendekatan Jalur Gemilang, Potret Perdana Menteri Malaysia sejak merdeka hingga sekarang, bangunan-bangunan ikonik yang unit yang terdapat di Negeri Perak dan €œsteam roller€ sebagai lambing kemegahan JKR.

Ia melambangkan JKR telah wujud sejak 1878 sehingga kini dan merupakan jabatan teknikal ulung yang menyokong dasar pembangunan Negara dan Negeri dalam pembangunan infrastuktur dan kemudahan awam. Kewibawaannya terbukti melalui terbinanya bangunan-bangunan kerajaan, masjid, hospital, sekolah-sekolah, jalan-jalan dan jambatan dengan seni bina yang simple tetapi bertepatan dengan kehendak pelanggan.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024, 02:01:12.