Sambutan hari kemerdekaan ke-55 Negeri Perak berlangsung penuh meriah dengan perarakan perbarisan dan persembahan daripada pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum, termasuk generasi muda. Bertemakan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati, ia melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.

Perbarisan bermula jam 8.45 pagi setelah semua dif-dif jemputan mengambil tempat. Lapan puluh tujuh kontinjen telah mengambil bahagian dalam perbarisan, kontinjen pencaragam Tentera Laut Diraja Malaysia mengetuai perbarisan dan diikuti dengan pembawa bendera Malaysia. JKR Perak turut serta dengan mengambil bahagian dalam kontinjen skuad rondaan Negara bersama kenderaan dan dalam perbariasan, seramai 60 orang kakitangan terlibat yang diketuai oleh En. Azizol Amri sebagai ketua kontinjen perbarisan.

Perarakan perbarisan diakhiri dengan lintas terbang udara oleh Pusat Latihan Udara Polis Diraja Malaysia yang menerbangkan 4 buah pesat kecil dan 3 buah helicopter dan seterusnya disusuli dengan tembakan bom asap. Semoga kita menjadi bangsa yang berdaulat, makmur dan sepakat.

[FOTO GALERI]

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.