Konvensyen ICC Kebangsaan 2013 telah diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang pada 1 hingga 3 Oktober 2013. Kumpulan ASAH dari JKR Pengkalan Hulu mewakili JKR Perak dengan projek KILOMETER POST jenis B.

Projek ini dipilih kerana kumpulan dapati ianya kerap rosak dan pudar akibat faktor bahan, cuaca, debu jalan dan kotoran jalan yang menyebabkan ianya susah untuk diselenggara dan mencacatkan penglihatan.

Kumpulan telah berjaya membuat persembahan projek dan berjaya menyakinkan para juri dan telah dianugerahkan dengan ANUGERAH EMAS TIGA BINTANG.

Syabas dan taniah diucapkan kepada kumpulan ASAH semoga lebih kreatif dalam menghasilkan inovasi-inovasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing Negara.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024, 03:51:49.