Mesyuarat Post Exco pertama bagi tahun 2013 telah diadakan di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz, Tingkat 3, Ibu Pejabat JKR Perak. Mesyuarat telah dipengerusi oleh YB. Dato€™ Zainol Fadzi bin Paharudin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air mengantikan mantan exco YB. Dato€™ Ramly bin Zahari.

Dua muka baru telah diperkenalkan bagi membantu potfolio mencapai sasaran, beliau ialah YB. Dato€™ Abdul Manaf bin Hashim dan YB. En. Mohd Azhar bin Jamaluddin. Turut hadir semua ketua-ketua jabatan dibawah potfolio beliau.

Ahli mesyuarat telah membincangkan masalah-masalah yang melibatkan pembangunan negeri dan kemudahan awam yang perlu diambil perhatian bagi meningkatkan keselesaan rakyat.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.