Aidiladha juga disebut sebagai Hari Raya Korban. Bermula dari 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, umat Islam disunatkan menyembelih binatang korban, di mana sebahagian daripada daging sembelihan itu diagih-agihkan kepada fakir miskin.

Dalam perlaksanaannya, amalan korban dapat mendorong wujudnya erti kehidupan bagi manusia, sebagai individu yang patuh kepada Allah S.W.T, mengamalkan satu tanggungjawab sosial terhadap fakir miskin. Majlis korban warga JKR Perak telah disempurnakan pada 17 Oktober 2013 bertempat di perkarangan tempat letak kereta.

Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis korban bagi tahun 2013 ini. Bahagian-bahagian tersebut telah diagihkan kepada warga JKR, penduduk setempat serta para jemaah yang telah turut serta pada majlis korban tersebut. Moga-moga ibadat korban tahun ini diterima oleh Allah.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024, 02:01:12.