Bagi meningkatkan kemahiran kumpulan, satu bengkel team excellence KIK telah diadakan di Tingkat 3 Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz, Ibu Pejabat JKR Perak Darul Ridzuan. Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kualiti Bahagian Korporat selama dua hari telah dibimbing oleh Prof.


Nazri Bin Kulop Mahmud. Tujuan utama bengkel diadakan untuk merungkai teks persembahan agar lebih kemas dan padat serta menepati hala tuju projek disamping memberi pendedahan kepada kumpulan teknik-teknik baru yang digunakan.


Dua kumpulan yang terpilih mewakili JKR Perak ke Konvensyen ICC anjuran Malaysian Productivity Centre (MPC) yang bakal diadakan pada bulan jun ini ialah kumpulan Teras 2 daripada JKR Batang Padang dan kumpulan Ideologi daripada JKR Kerian. Moga teguran dan kritikan yang telah dilemparkan dalam bengkel ini dapat memberi satu suntikan semangat kepada kumpulan untuk terus berusaha meningkatkan prestasi berpasukan.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.