Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Malaysia dan Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Perak telah bersama-sama menganjurkan program pemantapan pentadbiran kontrak siri ii, di JKR Perak pada 24 & 25 jun 2014 (selasa & rabu).

Program ini telah dirasmikan oleh Sr. Abd Shukor bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Pengurusan Projek, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Malaysia. Seramai 3 orang penceramah telah dijemput bagi menjayakan program ini. Beliau ialah Sr. Amran bin Mohd Majid, Sr. Rodziayah binti Ismail kedua-duanya dari Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, JKR Malaysia, dan Pn. Azmah binti Abdullah dari Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Perak.

Seramai 100 orang kakitangan teknikal daripada daerah dan bahagian telah mengikuti program ini. Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Toh Paduka Setia Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 23 April 2024, 05:37:19.