15 Jun2015
Perasmian Tugu Peringatan Jalan Timur - Baratberita baru
Satu lagi lakaran sejarah terukir buat JKR Perak apabila Tugu Peringatan Jalan Raya Timur—Barat dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof pada 2 Julai 2015 di KM 26 FT 004 Jalan Gerik—Jeli. Jajaran jalan sepanjang 123 km dengan kos pembinaan berjumlah RM 205 juta telah mula beroperasi 1 Julai 1982. Lokasi ini dipilih berdasarkan berlakunya serang hendap pengganas keatas 63 buah mesen jentolak tanah dan telah mengorbankan tiga nyawa pekerja JKR.