Pada Jumaat bertarikh 8 Jun 2018 JKR Negeri Perak telah mengadakan Program Imarah Ramadhan. Program dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk di perkarangan JKR Perak di antara bahagian secara gotong-royong. Kemudian Pengarah Kerja Raya Perak bersama Timbalan Kerja Raya Perak mengedarkan bubur lambuk kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, bubur lambuk diserahkan kepada Pengarah Hospital, kakitangan dan juga org ramai. Seterusnya, Pengarah dan juga Timbalan Pengarah ke Ibu Pejabat untuk menyerahkan bubur lambuk kepada semua ketua bahagian untuk diagihkan kepada semua kakitangan di Ibu Pejabat JKR Perak. Program Imarah Ramadhan seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan.

 

Offcanvas

JKR PERAK