Mahkamah Tapah Perak 

Pada pagi Jumaat bersamaan dengan 27 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Mahkamah Baharu Tapah Perak. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Tapah ini telah direka bentuk berdasarkan kepada Standard Specifications For Building Works 2014 dan telah memakan kos sebanyak RM13 569 181. Bangunan ini dilengkapi dengan bilik bicara dan ruang sokongan untuk Mahkamah Seksyen Dan Mahkamah Majistret, Kamar Hakim untuk Mahkamah Seksyen Dan Majistret, Pejabat Pendaftaran Dan Pentadbiran, Ruang Pengurusan Polis Dan OKT serta Ruang Awam Dan Komersil yang telah berjaya disiapkan pada 11 Mei 2018. Maka, dengan siapnya Bangunan Baru Mahkamah Tapah ini, ianya diharapkan agar dapat menjadi mercu tanda daerah Tapah serta dapat melancarkan operasi serta pengurusan mahkamah dengan sempurna.

 

 

 

Offcanvas

JKR PERAK