Bermula seawal jam 9.00 pagi lautan manusia telah membanjiri padang Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTECH) Kemunting dalam satu program Jelajah Janji Ditepati. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai program telah diatur antaranya agihan baucar kepada wakil bapa dan gulungan kurang upaya serta pelancaran Gerakan 1Malaysia Utamakan Keluarga.

Ucapan selamat menyambut hari bapa yang dilaungkan beramai-ramai di booth Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan bertema €˜Bapa Prihatin, Keluarga Terpimpin€™ itu bertujuan menghargai pengorbanan bapa di seluruh negara dalam membentuk anak berakhlak tinggi dan berilmu pengetahuan.

Sebagai sebuah agensi yang melaksanakan pembangunan Negara JKR Perak telah turut serta dalam memeriahkan lagi program Jelajah Janji Ditepati dengan menghiasi booth dengan gambar-gambar projek yang telah siap dilaksanakan disepanjang RM ke 9 dan ke 10, persembahan video korporat dan pameran produk kumpulan KIK Asah dan KIK Warga BS. Pengunjug yang mengunjungi booth JKR Perak telah diberi penerangan mengenai peranan JKR dalam pembanguan Negara dan Negeri Perak amnya.

Lagi gambarfoto...

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.