Keluh kesah dan rugutan penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang akan berakhir apabila sebuah jejantas merintasi muara Sungai Kuala Sepetang bakal akan dilaksanakan. Ini telah dizahirkan apabila majlis pecah tanah projek Jejantas motosikal dan pejalan kaki telah diadakan pada 9 Julai 2012 oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Jejantas yang panjangnya 110.5 meter dan lebar 3 meter dengan kos RM 2.7 juta yang mengunakan teknologi salur konkrit berprestasi ultra tinggi dijangka akan siap pembinaannya pada November 2013. Apabila siapnya jejantas ini nanti ianya akan memudahan penduduk setempat keluar masuk dengan tidak payah lagi mengunakan pengangkutan air yang amat berisiko. Ibu bapa tidak lagi keresahan melepaskan anak-anak ke sekolah.

Ke Foto Galeri ...

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.