Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat JKR Perak telah mengadakan kursus Pengukuhan Peningkatan Sahsiah Diri dan Pengukuhan Pasukan JKR Perak di Eagle Ranch Resort Port Dikson pada 3 hb. Hingga 5 hb. Julai 2012.

Peserta kursus terdiri daripada kumpulan sokongan dan propesional dari setiap bahagian dan daerah. Tujuannya untuk mengukuhkan semagat setiakawan selain dari mengukur ketahanan mental dan fizikal serta memupuk semangat berpasukkan.

Berbagai aktiviti telah diatur bagi memenuhi program tersebut, antaranya compass march, permainan pengurusan, obstacle dan permainan paint ball. Semua aktiviti luaran yang dilakukan telah dibimbing sendiri oleh pihak Eagle Ranch Resort.

Pihak resort telah menjemput saudara Shamsul Amri b. Haji Ismail Presiden Alumni Debat UITM Malaysia sebagai penceramah motivasi. Semoga dengan adanaya aktiviti seperti ini boleh dijadikan bekalan untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan dan ketahan mental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.