Daerah Kampung Gajah telah dipilih oleh JKR Perak sebagai perintis kepada program Merakyatkan JKR. Program yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan Jabatan Kerja Raya kepada masyarakat setempat.

Antara aktivit-aktiviti yang telah diatur ialah mengadakan gotong royong membersihkan tanah perkuburan di sekitar Kampung Gajah, membersihkan kawasan masjid Jamik, membersihkan sekolah agama, membersihkan lampu isyarat persimpangan, membersihkan mercu tanda Kg. Gajah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk setempat dengan barang-barang keperluan harian.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato€™ Ramly Bin Zahari Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air. Turut hadir dalam majlis ini Y.B Datuk Dr. Wan Norashikin Binti Wan Nordin Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah,

Dato€™ Pengarah JKR Perak, Pegawai Daerah Kampung Gajah, Ketua-ketua Jabatan dan Pengurus Kawasan Konsessi Belati Wangsa.

Seramai 900 orang penduduk setampat telah menghadirkan diri bagi menjayakan program ini dan ianya merupakan satu kejayaan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak sebagai penganjur program.

Ke Foto Galeri ....

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.