Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada meraka yang telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011. Semoga anugerah ini akan menjadikan penerima bersemangat dalam mencurahkan khidmat bakti kepada jabatan. Kecemerlangan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai, ia memerlukan usaha yang gigih, komitmen yang tinggi dan berpanjangan serta memikul tanggungjawab yang diamanahkkan.

Budaya kerja cemerlang yang berjaya diterapkan dan mentality positif adalah pemangkin kepada kecemerlangan sesebuah organisai. Y.B Dato€™ Ramly bin Zahari Pengerusi Jawtankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada penerima seramai 112 orang dan 73 orang penerima Sijil Penghargaan. Majlis berlangsung di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz, Tingkat 3, Ibu Pejabat JKR Perak Darul Ridzuan pada 12 Julai 2012.

Ke Foto Galeri ...

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.