Penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Negeri Perak telah lama diurus tadbir oleh Syarikat Konsesi Belati Wangsa Sdn. Bhd. Kerja-kerja tersebut masih berjalan seperti biasa, walaubagaimana pun terdapat sedikit pembaharuan dibuat bagi kerja-kerja diluar skop asal konsesi dimana kerja-kerja secara undian akan dilaksanakan.

Pada 16 Julai 2012 pelancaran pelaksanaan kerja-kerja undi penyelenggaraan jalan persekutuan akan dilakukan serentak diseluruh JKR Negeri dan Daerah di Semenanjung Malaysia. Ianya bertujuan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kelas D,E dan F mendapat kerja-kerja berkaitan selain membuktikan kepada masyarakt bahawa Jabatan Kerja Raya merupakan sebuah agensi pelaksana yang mengamalkan ketelusan dan keadilan seiring dengan slogan €œPELANGGAN DIUTAMAKAN JANJI DIKOTAKAN€.

Di Jabatan Kerja Raya Negeri Perak pelancarannya telah disempurnakan oleh Dato€™ Pengarah sementara di daerah dilakukan oleh Jurutera-jurutera Daerah dan ianya dapat dilihat oleh Dato€™ Pengarah melalui MDD conferanse yang dipasang disetiap daerah.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024, 02:01:12.