Ketibaan rombongan lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Y.Bhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Bin Husin (Sektor Bisnes) ke JKR Perak pada 17 Julai 2012 telah disambut oleh Pengarah JKR Perak Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal B. Hj. Ahmad dan pegawai-pegawai kanan JKR Perak.

Rombongan telah diberi taklimat tentang organisasi jabatan, perkembangan dan permasalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek dan membincangkan isu-isu semasa bagi melicinkan urus tadbir jabatan.

Selesai taklimat, rombongan telah dibawa melawat ke tapak projek. Antara projek yang dilawati ialah Pembinaan Mini Studio di Kelley Castle. Taklimat projek telah disampaikan oleh En. Ir. Balamurugan a/l Gopal Ketua Penolong Jurutera Daerah.

Projek kedua yang sempat dilawati ialah Pembinaan Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah Fasa II dan taklimat projek telah disampaikan oleh En. Norizan Bin Tan Sali Penolong Pengarah Kanan dan seterusnya kelawatan tapak.

Lagi dalam Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.