Seramai 35 peserta dari beberapa daerah termasuklah ibu pejabat telah menyertai Kursus Penulisan Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Kertas Kerja JKR Perak yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 6/10/2015 hingga 8/10/2015. Kursus tersebut telah diatur oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya . Objektif pelaksanaan kursus adalah untuk meningkatkan mutu penulisan surat rasmi dari segi penggunaan bahasa dan membezakan antara surat dan memo yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Hj. Ahamd Nadzir dari Effective Learning Management dan dibantu oleh En. Mohd Shafiq Bin Mat Zin. Dengan adanya kursus ini, peserta dapat didedahkan dengan cara penggunaan format dan tatabahasa yang betul. Selain ceramah, latihan juga telah diberikan oleh penceramah bagi meningkatkan kefahaman di setiap slot-slot yang diberikan.

   

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.