JKR Malaysia telah menghadiri satu €œInternational Trade Fair€ di Nuremberg,Jerman yang dikenali sebagai iENA (Ideas / Inventions / New Products) bermula pada 31Oktober hingga 03 November 2013. Trade Fair ini merupakan satu arena bagi para perekacipta untuk mempamirkan idea-idea baru dan produk mereka di peringkat antarabangsa, selain untuk mendapatkan pendedahan dan juga sebagai satu ruang untukmenjalinkan pertemuan dengan pengeluar, pelabur, pengedar dan orang awam dikalangan rakyat Jerman dan juga dari kalangan antarabangsa. Trade Fair ini telah dihadiri oleh lebih 700 pencipta individu dari 32 negara.Ianya diadakan di Dewan 12, Nuremberg Exhibition Centre, Jerman.

Kumpulan ASAH menempa sejarah apabila terpilih mewakili JKR hasil cipta yang diketengahkan oleh kumpulan ialah Papan Tanda Sementara, ASAH Road Stud dan Alternative Kilometer Post Type B. Jabatan Kerja Raya Malaysia telah melakar kejayaan apabila dianugerahkan satu pingat perak dalam penciptaan 3 produk yang telah dipamirkan. Syabas diucapkan kepada perekacipta dan ahli pasukannya, JKR Perak yang menyokong usaha ini dan Bahagian Latihan dan Penyelidikan JKR Malaysia yang mengaturkan penyertaan ini serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai prestasi kemenangan ini.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Tuesday 23 April 2024, 05:37:19.