Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jambatan baru di Jalan Teluk Intan ke Batak Rabit, seksyen 3.50, jalan tersebut terpaksa ditutup daripada dua lorong kepada satu lorong mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam bermula 8 Disember 2013 sehingga kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya.

Perbincangan penutupan jalan telah diadakan antara pihak kontraktor, ADUN Changkat Jong , Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri, wakil JKKK dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Projek pembinaan jambatan ini adalah bagi menggantikan pembetung sedia ada kepada sebuah jambatan konkrit yang mempunyai kelebaran 15 meter yang lebih selamat dan selesa untuk para pengguna jalan raya.

Sehubungan dengan itu adalah dipinta agar para pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut agar sentiasa berhati-hati dan bersabar apabila melalui jalan lencungan sehala. Gunalah laluan-laluan alternatif yang telah dicadangkan untuk ke destinasi yang dituju bagi mengelak kesesakan jalan raya dikawasan terlibat dan merancakan kelancaran pembinaan projek. Patuhilah petunjuk arah yang telah disedikan.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.