Jabatan Kerja Raya Negeri Perak mencipta sejarah apabila telah melancarkan lampu isyarat berkabel yang julung kalinya dilaksanakan di negara ini. Ianya terletak di persimpangan jalan masuk Felcra Nasarudin Jalan Ipoh - Lumut Daerah Perak Tengah.

Merupakan projek perintis dalam teknologi pemasangan lampu isyarat berkabel. Antara kelebihan yang ketara ialah dari kos yang murah berbanding dengan pemasangan lampu isyarat secara konvensional, mampu mengurangkan kemalangan yang membabitkan tiang-tiang lampu isyarat dan mudah diselenggara.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB. Dato€™ Zainol Fadzi bin Haji Paharudin, Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak. Turut hadir YB. Dato€™ Nasarudin Bin Hashim ADUN Bota, Supt. Tuan Haji Mohamad Fakri Bin Che Sulaiman Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Ketua-ketua Jabatan, Jurutera-jurutera Daerah JKR Perak dan penduduk setempat.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.