Perhimpunan Bulanan dan Executive Talk JKR Perak bil. 6/2013 telah diadakan di Hotel Casuarina, Meru pada 12.12.2013. Seramai lima ratus orang warga JKR hadir. Jemputan khas perhimpunan kali ini ialah YBhg. Dato€™ Dr. Ismail Bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Antara ucapan beliau yang perlu diambil perhatian ialah Sektor Awam perlu melakukan transformasi untuk meluncur gagah mencapai aspirasi yang dicita-citakan. Transformasi Sektor Awam perlu dilaksanakan secara holistik yang merangkumi pemantapan kepimpinan dan kompetensi modal insan, perubahan minda dan cara bertindak; pengukuhan nilai dan integriti; anjakan paradigma dan kerangka pemikiran; serta penggemblengan sumber secara bijak.

Akhir kata beliau mengajak Warga Sektor Awam perlu bergerak sebagai satu entity bagi mencapai visi transformasi ke arah pengukuhan daya saing Negara serta peningkatan perpaduan, keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.