Hari ini 6 Ogos 2014 bertempat di Tingkat 3, Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz JKR Perak telah diadakan Program Pengurusan Emosi ajuran Bahagian Pentadbiran dengan bantuan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Perak.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan warga kerja JKR Perak dan memupuk kemahiran mereka dalam mengurus tekanan dengan lebih berkesan demi meningkatkan daya tahan, produktiviti kerja dan kesejahteraan individu, keluarga dan organisasi. Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, penik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya pertimbangan.

Ianya terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Jika kepentingan ini terlalu kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 05 April 2024, 02:01:12.