Negeri jelapang padi Kedah Darul Aman menjadi tuan rumah Hari Inovasi JKR Malaysia bagi tahun 2014. Program tahunan ini telah diadakan pada 16 hingga 18 November 2014 bertempat di TH Hotel Alor Star dengan bertemakan Inovasi Pencetus Transformasi.

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan yang dapat membawa perubahan dalam pelaksanaan kerja/tugasan, system, prosedur atau kaedah kearah lebih produktif kepada jabatan. Antara acaramajlis yang berlangsung pada hari inovasi ialah Mesyuarat Pengarah-pengarah, Mesyuarat Jurutera-jurutera Daerah, Mesyuarat Wakil Kader dan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK).

Sepuluh kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) telah mengambil bahagian dan mempersembahkan hasil inovasi masing-masing. K-Team daripada JKR Kerian dan Kumpulan Teras 2 daripada JKR Batang Padang terpilih mewakili JKR Perak. K-Team telah berjaya menjadi naib juara ketegori pengurusan dengan tajuk kesukaran mencari data kontraktor. Tahniah dan syabas kepada kumpulan K-Team.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.