Dengan hanya mengambil masa 6 bulan, JKR Perak telah berjaya menyiapkan sebuah bangunan yang boleh dibanggakan oleh kerajaan Negeri Perak. Berkonsepkan istana lama Istana Kenangan dihiasani pula dibahagian luaran dengan labu sayung telah menjadi satu tarikan kepada pengunjung-pengunjung MAHA.

Bangunan yang lengkap dengan dewan pameran, bilik VIP, bilik mesyuarat, tempat persalinan lelaki dan wanita dan ruang-ruang untuk berniaga. Pembinaannya telah bermula pada bulan Mac 2014 dan siap sepenuhnya pada November 2014 dengan kos RM 3 juta.

Tanggal 13 April 2015 telah berlangsungnya majlis penyerahan Pavilion Perak. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan YB Dato€™ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan telah menerima kunci penyerahan Pavilion Perak daripada YDH Toh Paduka Setia Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad Pengarah JKR Perak.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.