Satu majlis penyerahan kunci rumah untuk mangsa banjir  telah diadakan di Kampung Perik Karai Enggor daerah Kuala Kangsar pada 17 Jun 2015.  JKR Perak selaku agensi pelaksana telah membangunkan 26 buah rumah untuk mangsa banjir di tiga daerah di Negeri Perak dengan nilai RM 55 ribu seunit.  Ucapan tahniah kepada Jurutera Daerah kerana berjaya menyiapkan empat buah rumah mengikut jadual dan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kuala Kangsar kerana berjaya menyediakan tapak untuk   projek tersebut.   Majlis diserikan lagi dengan kehadiran  YB. Dato€™ Hj. Zainun Bin Hj. Mat Noor ADUN Cenderoh dan YB. Dato€™ Hj. Mohd Zolkafly  Bin Harun ADUN Lintang yang telah menyerahkan kunci rumah kepada mangsa dan menandatanggani dokumen penyerahan mengikut kawasan masing-masing.   Semoga dengan bantuan ini dapat menyelesaikan segala masalah dan menghapuskan kedukaan kepada meraka yang ditimpa bencana.

                                 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.