Bengkel SOP Pengurusan Persiapan JKR 2015 telah diadakan selama 2 hari , bertempat di MARDI , Cameron Highlands. Bengkel tersebut bertujuan untuk membentuk satu garis panduan kepada jabatan-jabatan atau agensi-agensi di Negeri Perak mengenai persiapan untuk majlis dan program rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri/Persekutuan di Negeri Perak.

Seramai 25 orang peserta telah hadir bagi menjayakan bengkel tersebut yang diketuai oleh En. Abdul Rani Bin Harun dan Pn. Aniza Binti Adznan selaku penceramah dan fasilitator .Antara objektif bengkel SOP Pengurusan Persiapan JKR 2015 adalah menyediakan SOP Persiapan JKR sebagai rujukan kepada Jabatan atau agensi yang ingin mengadakan majlis / program dan SOP berkenaan dijadikan sebagai garis panduan yang jelas dan mudah difahami supaya kerja-kerja penyelarasan dapat dibuat dengan lebih efektif.

 

 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.