31 Ogos 2017 - Tema 'Negaraku Sehati Sejiwa' telah dipilih bagi tema Hari Kebangsaan 2017 yang membawa maksud betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat bersatu padu antara berbilang kaum. Seperti tahun-tahun sebelum, JKR Perak terlibat dalam Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2017 yang telah berlangsung di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan iaitu Sekolah, Institut Perngajian Tinggi Awam / Institut Pengajian Tinggi Swasta, Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerajaan dan Pasukan Beruniform yang membawa jumlah seramai 91 pasukan yang telah menyertai Acara Perbarisan dan Perarakan tersebut. Bagi kontinjen JKR Perak, seramai 55 kakitangan telah terlibat dan diketuai oleh En. Azizol Amri

Pada tahun ini, JKR Perak telah memenangi tempat ke dua Pertandingan Kawad Terbaik Kategori Jabatan Kerajaan bagi Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2017 yang membawa pulang hadiah RM 2, 000.00. Manakala tempat pertama telah dimenangi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan tempat ke tiga jatuh kepada Jabatan Agama Islam Perak. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Offcanvas

JKR PERAK