25 April 2017 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 pada kali ini telah berlangsung di Perkarangan Dataran Ibu Pejabat JKR Negeri Perak. APC 2016 telah disampaikan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak kepada 112 penerima yang terdiri dari pelbagai kategori jawatan, skim perkhidmatan yang berkhidmat di bahagian-bahagian dan daerah masing-masing. Kesemua penerima turut menerima Sijil Simpanan Premium yang bernilai RM 1000.00. Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Negeri Perak. Majlis telah bermula pada jam 9.00 pagi dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku disusuli dengan bacaan doa.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.