Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya JKR Malaysia, Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha telah mangadakan satu lawatan kerja ke JKR Perak pada 18 Disember 2015. Lawatan ini telah di mulakan dengan pembentangan slide oleh Timbalan Pengarah ,Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad mengenai kemajuan projek-projek di Negeri Perak dan kejayaan-kejayaan yang diperolehi JKR Perak sepanjang tahun 2015. 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya JKR Malaysia. YBhg Dato' telah mengingatkan seluruh pegawai pengurusan di JKR Perak untuk sentiasa menjaga imej jabatan termasuklah dari segi disiplin, ketrampilan diri, dan hubungan dengan pelanggan. Di samping itu, pemantauan projek-projek bagi RMK11 hendaklah dipertingkatkan lagi bagi melancarkan pelaksanaan projek mengikut masa yang telah ditetapkan.  

 

 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.