30 Julai 2016 - JKR Perak berbesar hati menerima pelawaan Biro Pengaduan Awam Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk menyertai dan menjayakan Program Mesra dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Tahun 2016 yang telah diadakan di Mydin Mall Meru. Program ini adalah bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat aduan atau mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan jabatan/agensi kerajaan secara terus terhadap jabatan/agensi yang berkenaan serta mendapatkan penerangan mengenai fungsi, peranan dan perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan/agensi kerajaan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Samsudin Bin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO Dan Masyarakat Sivil Negeri Perak. Terdapat 29 jabatan/agensi yang telah terlibat bagi menjayakan program ini antaranya Majlis Bandaraya Ipoh, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Bomba, Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Ipoh, JPJ dan banyak lagi.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.