26 Oktober 2016 - Bertempat di Dewan Serbaguna SUK Negeri Perak telah diadakan Kursus Pemantapan Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 anjuran Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Perak. Kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan mengenai tugas dang tanggungjawab sebenar Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 dalam melaksanakan tugas di pejabat mahupun di tapak.

Kursus telah dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad dan seramai 196 peserta dari semua bahagian dan daerah telah hadir bagi menjayakan kursus tersebut. Antara intipati yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rani Bin Harun, Penolong Pengarah Kanan Korporat adalah ringkasan tugasan umum di mana Penolong Jurutera Gred JA29 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak luksian kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak, menyediakan laporan kemajuan projek dan membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebutharga dan tender. Pada jam 11.00 pagi pula, kursus telah diteruskan dengan ceramah yang bertajuk Transformasi Minda : Membangun Bersama Mandat yang disampaikan oleh Dr. Yahya Mat Som.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.