Telah berlangsung Majlis Perasmian Jalan Kg. Batu Masjid, Banir, Daerah Batang Padang oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak pada 28 September 2017. Projek pembinaan jalan ini adalah dari jalan utama Laluan 1 (Temoh ke Tapah) melalui jalan Kg. Batu Masjid, Banir bersambung sehingga Jalan Air Kuning. Panjang sebenar jalan baru yang dibina adalah 4km. Selain daripada jalan, projek ini juga mempunyai sebuah jambatan.

Kos asal projek ini adalah sebanyak RM 14,122,899.00, namun setelah pembinaan tamat, kos muktamad yang terlaras adalah sebanyak RM 13,994,789.68. Skop kerja projek ini adalah terdiri daripada tiga komponen kerja-kerja utama iaitu pembinaan jalan baru, penaiktarafan jalan sediada di laluan 1 dan pembinaan jambatan baru.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.