Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia akan diadakan pada 8 hingga 10 Jun 2015 di Negeri Johor Darul Takzim. Salah satu program pengisian mesyuarat ialah pertandingan pengurusan terbaik. Beberapa kategori akan dipertandingkan, antaranya pertandingan pengurusan daerah terbaik.


JKR Daerah Manjung telah terpilih untuk mewakili JKR Negeri Perak ke Anugerah Pengurusan Daerah Terbaik bagi tahun 2015. Susulan dari itu lawatan panel-panel penilai ke Pejabat JKR Daerah Manjung telah diadakan pada 1 April 2015. Kehadiran auditer telah disambut oleh Jurutera Daerah dan kakitangan.

Taklimat ringkas berhubung latar belakang JKR Manjung serta projek-projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan dan projek-projek yang telah siap dilaksanakan telah dipersembahkan oleh jurutera daerah. Penyertaan JKR Daerah Manjung amatlah dihargai dan berharap JKR Manjung mencapai kejayaan seterusnya mengharumkan nama JKR Perak Darul Ridzuan.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.