Hari ini 2 Julai 2015 sebuah jambatan yang menghubungkan Gerik dengan Bandariang telah terhasil dan telah menjadi kenyataan sebagai jambatan  konkrit satu rentang terpanjang di Malaysia dengan penganugerahan oleh The Malaysia Book Of Records.  Jambatan  ini dimulakan pembinaannya pada tahun 2013 menggunakan kaedah Ultra High Performance Concrete (UHPC) dengan panjang spanned 100 meter dan lebar 5 meter dengan kos RM 6.3 juta dibawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). 

                                

Jambatan yang dibina tampa tiang ini dapat mengurangkan risiko pelanggaran sampah seperti kayu balak dan lain-lainnya terutamanya ketika musim banjir melanda.  Sijil The Malaysia Book Of Record telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof kepada Pengarah JKR Perak Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad.

                              

 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.