Program roadshow JKR Standard Specification for building works 2014 untuk JKR Perak telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2014 di Dewan Serbaguna SUK Perak. Objektif roadshow SPECS 2014 adalah bertujuan menjelaskan kandungan SPECS baru kepada pelaksana-pelaksana projek terutamanya diperingkat pembinaan agar memahami dan mematuhi perubahan dan penambahbaikan yang telah dibuat.

Antara penambahbaikannya ialah memperketatkan syarat dan keperluan dalam spesifikasi bagi mengatasi masalah pembinaan yang tidak berkualiti dan tidak mematuhi piawaian terutamanya bagi kerja-kerja struktur dan ceiling works, memasukkan unsur-unsur berkaitan pemeliharan alam sekitar dan pembangunan lestari,

menambahbaik keperluan bagi safety, health and walfare bagi memenuhi kehendak perundangan dan menyelaras spesifikasi bagi kerja-kerja jalan dengan kerja bangunan terutamanya bagi preliminaries dan general conditions, excavation dan earthworks, foundation works serta drainage works. Semoga Standard Specifications yang baru ini dapat menghasilkan output dan produk yang berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.