Hari Inovasi JKR Perak telah diadakan pada 15 Disember 2014 bertempat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Seramai 500 orang warga JKR seluruh Perak telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis.


Dengan bertemakan €œPEMBUDAYAAN INOVASI PEMANTAPAN PRESTASI€ diharap dapat menjayakan matlamat kerajaan untuk menggerakkan agenda inovasi Negara sejajar dengan Matlamat Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke 10. Signifikan dengan program ini JKR Perak telah memberi pengiktirafan kepada pegawai-pegawai JKR dan kontraktor yang telah memberi sumbangan berdasarkan kepada tujuh anugerah inovasi yang dipertandingkan.


Tidak dilupakan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pesara dan bakal pesara diatas khidmat bakti yang telah disumbangkan kepada jabatan. Perasmian Hari Inovasi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato€™ Zainol Fadli Bin Hj. Paharudin Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak Darul Ridzuan.


Ke Foto Galeri

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.