Kursus kad hijau CIDB JKR Perak telah diadakan di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz pada 22 Dis. 2014. Ia adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.


Seramai 70 orang peserta daripada kakitangan teknikal hadir. Kursus ini bertujuan bagi memastikan semua pegawai-pegawai dalam bidang teknikal terutamanya mesti mempunyai kad hijau CIDB bagi membolehkan mereka bebas bergerak di tapak projek.

Selain memastikan Pekerja Binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat ianya juga memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja pembinaan dan memaklumkan Pekerja Binaan mengenai keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKR Perak Yang Berusaha Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.