Pada tanggal 29 September 2015, genaplah usia Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Hj. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad enam puluh (60) tahun, iaitu umur persaraan wajib bagi seorang penjawat awam. Sempena "JASAMU DIKENANG" pihak pengurusan Jabatan Kerja Raya Perak telah mrngadakan satu Majlis Persaraan dan Perpisahan untuk Pengarah Kerja Raya Perak.

 

Jabatan Kerja Raya Perak bukan sahaja telah kehilangan seorang pengarah yang berwibawa malah YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Hj. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad mempunyai pengalaman yang lebih dari 32 tahun dalam bidang pemantauan, penyelarasan, penyenggaraan dan pengurusan dalam banyak projek pembangunan bangunan dan jalan serta prasarana kemudahan awam khususnya untuk rakyat Negeri Perak dan rakyat Malaysia amnya.

 

Graduan dari Texas University di Austin, USA dan Birmingham University of England, UK ini telah menganggotai "The Technical Committee of the World Road Association (PIARC) dalam Pengurusan Aset sejak dari tahun 2007. Beliau pernah menadi 'Secretary General of the Road Engineering Association of Asia And Australasia (REAAA)' diantara tahun 2007 hingga 2009. Beliau juga telah menghasilkan serta mempersembahkan kertas-kertas pembentangan teknikal mengenai Pengurusan aset di Asia, Europe dan America.

 

Majlis Persaraan ini telah diadakan di Hotel Syuen pada 28 September 2015 jam 3.00 petang. Turut hadir menyerikan majlis adalah YAB Dato Zainol Fadzi Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air serta YAB Datuk Shahrul Zaman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Darul Ridzuan.

 
 

"Jasa mu di kenang"

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.