Jabatan Kerja Raya Malaysia kini telah melangkah setapak lagi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga. Sistem ini merupakan sistem yang mematuhi piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia iaitu MSISO50001:2011.

Pasukan Audit Tenaga Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menjalankan satu audit tenaga ke atas Bangunan Ibu Pejabat JKR Perak Darul Ridzuan, bertujuan untuk melaksanakan sistem ini untuk meningkatkan penjimatan dan kecekapan penggunaan tenaga bangunan dan akan menjadi perintis kepada bangunan-bangunan kerajaan yang lain.

Perlaksanaan Program Audit Tenaga ini akan dilaksanakan di Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan bermula dari 5 hingga 9 Oktober 2015. Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi En. Rozman Khalid di talian 03 26107140 untul maklumat lanjut.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.