Buat julung kalinya, Program Hari Latihan Kementerian Kerja Raya telah dijalankan serentak di tiga (3) buah negeri iaitu JKR Negeri Perlis, JKR Negeri Melaka dan JKR Negeri Perak serta Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur . Program tersebut yang di beri tajuk Cakna Ilmu : Melestarikan Modal Insan telah diadakan selama 2 hari yang bermula pada 30 September 2015 hingga 1 Oktober 2015, bertempat di Dewan Serbaguna, SUK Perak. Program tersebut telah dirasmikan oleh En. Abdul Rani Bin Harun selaku Penolong Pengarah Kanan Korporat, JKR Perak.

Bagi menjayakan program Cakna Ilmu : Melestarikan Modal Insan, Dr. Yahya Bin Mat Som telah dipilih sebagai penceramah jemputan bagi menyampaikan tajuk ceramah beliau iaitu Analisa Jurang Prestasi, Transformasi Perhubungan Berimpak Tinggi dan Memupuk Kreativiti dan Melaksanakan Inovasi pada hari pertama program berlangsung. Manakala pada hari ke dua (2), En. Syaiful Bakri Bin Yusuf telah menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Intergriti, seterusnya En. Abdul Rani Bin Harun dengan tajuk ceramah beliau iaitu Hati dan Kehidupan. Pada sebelah petang , Tn. Hj. Harith Fadzilah Bin Abd. Halim telah menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Transfromasi ke Arah Insan Kamil. Seramai 150 orang peserta JKR dari 10 bahagian Ibu Pejabat dan 10 daerah telah berjaya menyertai program tersebut.

 

 

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.