Majlis Perhimpunan Pagi Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan JKR Negeri Perak Bersama Warga JKR Perak Tengah telah di adakan pada 27 Januari 2016 bertempat di Perkarangan Bangunan Pejabat JKR Perak Tengah, Seri Iskandar. Majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku seterusnya bacaan doa bagi memberkati majlis.

Tanpa melengahkan waktu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah, Yahayaruddin Bin Mohamed Yaacob dan disusuli ucapan dari Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad. Majlis diselangi dengan persembahan gimik dan seterusnya memotong kek bagi kakitangan-kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari.

     
  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.