21 April 2016 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 pada kali ini yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak telah di sampaikan sendiri oleh Y.A.B Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir selaku Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kepada 114 orang penerima yang terdiri dari pelbagai kategori jawatan, skim perkhidmatan serta berkhidmat di bahagian-bahagian dan daerah masin-masing. Kesemua penerima telah menerima sijil penghargaan beserta Sijil Simpanan Premium yang bernilai RM 1000.00.

Selain Menteri Besar Perak, turut hadir YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air , Y.B Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Y.B Dato' Haji mohd Ghazali bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak bagi meraikan majlis tersebut.

 

 

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.