14 Julai 2016 - Majlis Jamuan Raya Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Syawal 1437H bertempat di perkarangan pejabat JKR Negeri Perak. Semua Bahagian, Cawangan dan Daerah telah terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan dengan menyediakan 12 buah gerai dengan pelbagai juadah dan menu antaranya lemang, rendang, satay, laksa pangkor dan banyak lagi.

Jamuan yang bermula pada jam 12.00 tengahari telah di hadiri oleh orang ramai dan turut di meriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Dato' OBJ Muallim, YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad,Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal,  YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin serta tetamu-tetamu VIP dari pelbagai Jabatan.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.