6 Ogos 2016 - Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Jelajah dan Karnival FT ROADPEDIA Kementerian Kerja Raya Malaysia yang pertama di Dewan Komuniti Bestari, Batu 10, Lekir, Manjung, Perak. Program tersebut telah dirasmikan bersama oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Program Jelajah FTROADPEDIA ini adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada rakyat dengan memberikan kesegaran pandangan (refreshment outlook) terhadap Jalan Persekutuan yang dibina dan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menyerlahkan lagi (highlight) Jalan Persekutuan sebagai jalan utama dan bukannya jalan alternatif sebagaimana persepsi masyarakat apabila terbinanya lebuhraya terpanjang pertama (PLUS) pada tahun 1980 (E1 dan E2).

Sepanjang program berjalan, terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna yang mewakili 3 kategori, sesi soalan dan kuiz berkaitan jalan-jalan persekutuan serta pameran dari agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.