31 Ogos 2016 - Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini telah ditetapkan dengan menggunakan tema 'Sehati, Sejiwa' yang membawa maksud perpaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelum, JKR Perak terlibat dalam Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2016 yang telah berlangsung di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan iaitu Sekolah, Institut Perngajian Tinggi Awam / Institut Pengajian Tinggi Swasta, Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerajaan dan Pasukan Beruniform yang membawa jumlah seramai 91 pasukan yang telah menyertai Acara Perbarisan dan Perarakan tersebut. Bagi kontinjen JKR Perak, seramai 55 kakitangan telah terlibat dan diketuai oleh En. Azizol Amri

Pada tahun ini, JKR Perak telah memenangi tempat ke dua Pertandingan Kawad Terbaik Kategori Jabatan Kerajaan bagi Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2016 yang membawa pulang hadiah RM 2, 000.00. Manakala tempat pertama telah dimenangi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan tempat ke tiga jatuh kepada Jabatan Agama Islam Perak. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.